Saturday 5 January 2013

3 January Sweet Moments ~

Saja letak gambar kucing :P

Korang semua! Ada benda nak cerita ni . Eh , sorry. Assalamualaikum :) Hehe , excited pulak nk cerita -.- Ouhyaa , apa ceritanya ? ini ceritanya~ *pasang lagu Fall For You - Secondhand Serenade* ambil feel sikit XD

Pada awal pagi Khamis yang lalu bersamaan 3 Januari 2013 , aku  bersiap2 la kan nak pergi sekolah. Pukul 6.15 tak silap . Haha . Bila dah nak pergi G8 tunggu trak tengok jam dah pukul 7.10 . Trak dah pergi dah time2 mcm tu . Suruh mak hantar pegi sekolah . Yang mak pulak hantar pukul 7.30 -.- dah lambat , loceng mesti la dah bunyi . Pastu sampai2 sekolah tengok depan pagar ada ramai budak2 tak masuk sekolah .
DAH SAH !! Ni mesti cikgu dgn pak guard tutup pagar tak bagi masuk . Time tu aku dah macam "Aiseyyymann ! Macam mana nk masuk ? Takkan nak lompat pagar mcm kaki ponteng kot ?" So berbekalkan poker face ala2 takde respons gitu, aku pun dgn terpaksanya pegi depan pagar tu. Aku join jelah budak2 kt situ.

5 minit lepas tu , pak guard india tu cakap kt budak2 yg kena tahan depan pagar sekolah tu. "Awk semua tak boleh masuk sekolah selepas loceng bunyi . Tunggu jelah smpai balik." So automatik sorg abg senior pun mula membebel " Nokharom ler aku nk tngu .  Balik tidoq lagi ada faedah. Kan karmila ? *smbil tgk nametag* Me : Hahaha , entah la . Iya la kot -.- Then tiba-tiba 2 orang akak form3 datang . Dorang : Karmila , rumah ktne ? Me : Kem . Dorang : Jom lah balik , bukn boleh masuk pun. Kita balik sama2 . Me : Hmm , jomlah .

Bila on the way nak balik kem dgn akak2 tu , kitorg sembang2 jelah . Tapi yang tak bestnya bila org yang bwk kereta motor lalu semua pandang semacam je. Mesti diorg fikir aku dgn akak2 tu ponteng. Habis jatuh maruah aku T__T Peraturan baru punya pasal la ni . Haih , mampu redha jelah . Then ada jugak mat rempit duk buat bunyi tikus bila lalu~ Erghh , org dalam kesusahan sempat lagi nk bertegur sapa n_n

Then kat traffic light kereta polis berhenti sbb lampu merah time tu . Aku time tu memang dh mcm "OMG ! OMG ! Jgn la dorg turun" And yeahh , dorg tak turun ! xD Hahaha , dh cuak k time tu. Hanya mampu selamba je wktu tu ~~

Then sampai rumah , mak terkejut ar gak . Balik awal tetiba. Bila cerita apa yg jadi mak pun tk marah la . Tapi mak suruh jaga adik sebab mak nk keluar . Ok , ohsemmm u_u Tapi takpe , janji tk kena marah.

So kesimpulannya , tak tahu nak cakap apa -.- NO KOMEN jelah respons ku :3
Btw , ni betul2 sweet moments kan ? Tak dpt masuk skolah , jumpa kawan2 . Then penat jalan kaki balik rumah kena jaga adik pulak xD hahaha . Ok la , tu je nak cerita. Byeeee ~